Aplikasi LinkedIn Lite Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 4, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LinkedIn merupakan laman sosial memfokuskan kerjaya, dan sangat popular diseluruh dunia. Ia telah diambil-alih oleh Microsoft sebelum ini, dan mereka turut telah memperkenalkan aplikasi LinkedIn Lite beberapa minggu lepas.

Ketika pengenalan, ia hanya terhad di India sahaja, dan hari ini pihak LinkedIn mengubahnya dan telah turut mula menawarkan aplikasi berkenaan untuk pengguna di Malaysia.

LinkedIn Lite

LinkedIn Lite bersaiz sekitar 1MB sahaja, dan memfokuskan kepada peranti berspesifikasi rendah. Ia membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa daripada laman sosial berkenaan dengan mudah, dan tidak menggunakan ruangan yang bersaiz besar seperti aplikasi utamanya.

Bagi anda yang aktif di laman sosial LinkedIn, anda mungkin boleh memuat-turun dan mencuba versi Lite ini hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami