Huawei Nova 2 Plus Dengan Kamera Hadapan 20MP Berharga RM1999 Di Malaysia

Huawei Nova 2 Plus Dengan Kamera Hadapan 20MP Berharga RM1999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 4, 2017 oleh .

Huawei Malaysia hari ini mengesahkan yang mana Huawei Nova 2 Plus akan berharga RM1999 di pasaran Malaysia. Bagi yang tidak mengenali akan siri Nova, ia merupakan peranti berspesifikasi pertengahan tetapi dengan beberapa ciri-ciri premium.

Huawei Nova 2 Plus

Huawei Nova 2 Plus ini menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip Kirin 659, memori sehingga 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3340mAh.

Menjadi fokus pada peranti ini adalah sokongan kameranya, dimana ia hadir dengan dwi-kamera pada bahagian belakang, mengabungkan lensa 12-megapixel dan 8-megapixel. Pada bahagian hadapan pula, ia menggunakan kamera selfie 20-megapixel.

Di Malaysia, Huawei dilihat telah mula menawarkannya bersempena dengan promosi hari Merdeka-Malaysia, dimana ia disenaraikan pada harga RM1999.

Huawei Nova 2


TIPS & ULASAN