AMD Mengumumkan Senarai Penyejuk CPU Yang Serasi Dengan CPU AMD Ryzen Threadripper
AMD

AMD Mengumumkan Senarai Penyejuk CPU Yang Serasi Dengan CPU AMD Ryzen Threadripper

Diterbitkan pada Ogos 4, 2017 oleh .

Dengan kehadiran CPU paling berkuasa dari AMD setakat ini, iaitu AMD Ryzen Threadripper di pasaran dunia, termasuklah Malaysia, syarikat pembuat cip tersebut baru sahaja mengumumkan senarai penyejuk CPU yang dikatakan serasi dengannya.

Buat masa ini, senarai ini tidaklah begitu besar, tetapi pengguna masih ada sejumlah bilangan penyejuk CPU udara dan cecair yang boleh digunakan untuk menyejukkan cip pemproses Threadripper tersebut.

Penyejuk-penyejuk ini terdiri daripada jenama-jenama pembuat komponen yang popular dan juga terkenal di kalangan peminat dan pembina sistem komputer, termasuklah Cooler Master, Corsair dan Thermaltake.

Diantara model-model penyejuk CPU yang disenaraikan termasuklah Cooler Master Hyper212 TR Edition, Cooler Master MasterLiquid 240, Corsair Hydro H100i v2, Fractal Design Celcius S24 dan S36 dan Arctic Freezer 240 dan 360.

Dalam pada itu, Noctua juga baru sahaja mengumumkan siri penyejuk CPU baru khusus untuk CPU AMD Threadripper dan juga EPYC yang dinamakan Noctua NH-U14S, NH-U12S dan NH-U9. Penyejuk-penyejuk ini hadir dengan rekaan blok penyejuk mereka sendiri dan meliputi seluruh permukaan CPU tersebut.


TIPS & ULASAN