Cari @ Amanz

Terdapat tiga golongan pengguna Android di dunia. Golongan pertama yang menyukai pelancar dari pengeluar seperti Sense. Golongan kedua gemar menggunakan pelancar dari Play Store. Akhir sekali ialah golongan purist yang hanya menggunakan Android Stock. Bagi golongan ini, mereka pasti gembira dengan keputusan yang diambil Lenovo.

Mereka mengumumkan peranti mereka akan hanya menggunakan Android Stock bermula dengan Lenovo K8 Note. Keputusan diambil selepas mengambil pendapat pengguna dan bagi memastikan peranti akan lebih pantas diberikan kemas kini. Sebelum ini peranti Lenovo menggunakan pelancar Vibe Pure UI.

Pada waktu yang sama pihak Lenovo mengesahkan kesemua peranti di bawah keluarga K akan menerima kemaskini ke Android O di masa hadapan. Walaubagaimanapun peranti yang dijual di China akan mengekalkan penggunaan ZUK UI kerana ia lebih memenuhi citarasa pengguna tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd