Pra-Tempahan Oppo R9S Green Edition Akan Dibuka Pada 11 Ogos

Pra-Tempahan Oppo R9S Green Edition Akan Dibuka Pada 11 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 7, 2017 oleh .

Apakah warna peranti kegemaran anda? Hitam, putih, ros merah jambu atau perak? Mungkin anda mahukan peranti dengan pilihan warna lebih unik seperti Oppo R9s Green Edition. Pra-tempahan untuk peranti berwarna hijau ini akan dibuka pada 11 Ogos hadapan. Ini menjadikannya antara peranti dengan warna amat jarang dilihat di pasaran.

Oppo R9s dilengkapi skrin bersaiz 5.5-inci AMOLED dengan paparan 1080p, cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia turut menggunakan kamera hadapan 16-megapixel f/2.0 dan belakang 16-megapixel f/1.7 dengan sensor Sony IMX398.

Pra-tempahan boleh dilakukan melalui kedai atas talian Oppo ataupun bilik pameran Oppo di Suria KLCC dengan harga jualan RM 1798 sebuah.


TIPS & ULASAN