Cari @ Amanz

Pada awal tahun ini, di acara Consumer Electronics Show 2017 di Las Vegas, syarikat Dell mengumumkan kehadiran sebuah tablet besar bersaiz 27 inci yang dinamakan Dell Canvas.

Tidak seperti Surface Studio yang hadir dengan sebuah komputer yang terbina didalamnya, peranti ini hanyalah sebuah tablet dengan paparan dengan resolusi quad-HD 2560×1440 pixel. Selain sebuah pena stylus, Dell Canvas ini juga hadir dengan sebuah dial yang boleh dilihat seakan-akan Surface Dial dari Microsoft juga.

Dari segi rekaan, tablet ini hadir dengan bezel yang cukup tebal, akan tetapi menurut syarikat tersebut, ini dilakukan dengan sengaja kerana mereka mendapat maklum-balas daripada pihak artis bahawa mereka mahukan tempat untuk merehatkan lengan mereka apabila sedang melukis.

Dell Canvas ini dikatakan hadir pada bulan Mac sebelum ini, tetapi pihak Dell hanya mengumumkan kehadirannya, selari dengan acara ulangtahun ke-20 syarikat tersebut tahun ini, dan akan menjual tablet ini untuk harga $1799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd