Xbox One Akan Akhirnya Menerima Aplikasi Spotify

Xbox One Akan Akhirnya Menerima Aplikasi Spotify

Diterbitkan pada Ogos 4, 2017 oleh .

Mendengar muzik kegemaran ketika sesi permainan video akan memberikan mood yang lebih menarik. Di PC dahulu kami menggunakan muzik MP3 peribadi ketika sesi permainan GTA San Andreas. Pada konsol aplikasi Spotify diperkenalkan pada PlayStation 3 dan PlayStation 4 pada tahun 2015. Di Xbox One sokongan ini akan hadir dalam masa terdekat.

Di laman Reddit gambar akaun Major Nelson, pengarah bahagian pengaturcaraan Xbox Live menggunakan aplikasi Spotify untuk Xbox One tertiris. Ini memberikan petunjuk aplikasi Xbox One untuk perkhidmatan muzik popular ini akan hadir tidak lama lagi. Sebelum ini aplikasi Spotify muncul di Windows Store. Dengan menggunakan Universal Window App, aplikasi ini dengan mudah boleh dipindahkan ke Xbox One.


TIPS & ULASAN