Cari @ Amanz

Permainan video ialah industri yang bernilai berbillion Dollar setiap tahun. Ia semakin popular dan di dalam kajian yang dilakukan ESA tahun ini, jumlah pemain wanita meningkat dengan umur purata 37 tahun. Oleh itu industri berubah mengikut demografi dan kini permainan video memaparkan lebih banyak watak wanita yang berimej positif.

NBA Live 2018 akan menjadi permainan bola keranjang pertama yang mengandungi pemain wanita. Pemain profesional dari pasukan liga WNBA boleh dimainkan. Ini ialah langkah lebih inklusif dari EA selepas pemain wanita dipaparkan di dalam FIFA 16 sebelum ini. Buat masa ini pasukan wanita hanya disokong di dalam mod arked tanpa sokongan simulasi liga. Tetapi ia masih langkah yang baik bagi pemain permainan video wanita seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd