Google Sedang Membangunkan Teknologi Untuk Memudahkan Penghasilan Kandungan Seumpama Snapchat

Google Sedang Membangunkan Teknologi Untuk Memudahkan Penghasilan Kandungan Seumpama Snapchat

Diterbitkan pada Ogos 5, 2017 oleh .

Kandungan seumpama Snapchat semakin popular akhir-akhir ini, dimana pengguna dipaparkan dengan gabungan teks dan gambar atau video yang boleh ditatal dari satu slaid ke yang seterusnya. Ia mula digunakan pada Snapchat, dan kini popular di Instagram, Facebook, WhatsApp dan sebagainya.

Kini, Google dilihat turut sedang melihat ke arena sama, dimana syarikat gergasi internet berkenaan sedang melihat kepada pembanguna teknologi yang memudahkan para penerbit kandungan untuk menghasilkan kandungan media seumpamanya.

Google dikatkaan membangunkan ia dibawah projek AMP, dan memanggilnya sebagai Stamp. Memandangkan ia dibangunkan dibawah AMP, maka Google dilihat lebih memfokuskan ia untuk paparan peranti mudah-alih serta memaparkan ia dengan pantas.

Instagram Stories

Dengan menggunakannya, para penerbit kandungan dan syarikat media boleh menghasilkan kandungan yang mengandungi teks, gambar dan video yang boleh ditatal dari satu slaid ke seterusnya.

Berbeza dengan penawaran perkhidmatan lain, Google memfokuskan ia kepada penerbit kandungan, sekaligus membolehkan kandungan berkenaan diintegrasikan pada laman utama mereka dengan mudah – selain pada masa yang sama boleh dicari menggunakan enjin carian Google.

Google mungkin berkongsi mengenai Stamp ini seawal minggu hadapan.


TIPS & ULASAN