Steam Kini Mempunyai Lebih Daripada 67 Juta Pengguna Aktif Sebulan

Steam Kini Mempunyai Lebih Daripada 67 Juta Pengguna Aktif Sebulan

Diterbitkan pada Ogos 5, 2017 oleh .

Steam merupakan platform permainan yang digunakan oleh ramai pengguna PC, dimana pengguna boleh membuat pembelian permainan melaluinya, melihat pencapaian, dan berinteraksi bersama komuniti permainan video lain seluruh dunia.

Terkini, berkongsi statistik semasa untuk platform permainan berkenaan, pihak Steam mengatakan mereka kini mempunyai lebih daripada 67 juta pengguna aktif sebulan. Secara kasar, mereka mempunyai sekitar 33 juta pengguna aktif setiap hari yang menggunakan platform mereka.

Perkembangan arena e-sukan dan permainan video pada PC akhir-akhir ini juga dijangka akan terus membolehkan Steam berkembang dengan pesat dari hari ke hari.

Bagi anda sendiri, adakah anda log masuk ke Steam setiap hari?


TIPS & ULASAN