Setiap tahun Unicode akan mengeluarkan senarai emoji baru yang akan diperkenalkan. Tahun ini sebanyak 67 emoji baru telah disenaraikan untuk pengenalan pada tahun 2018. Ini adalah senarai awal dan jumlah akhir mungkin akan dipersetujui dalam mesyuarat yang akan dilakukan pada bulan Oktober.
Antara emoji baru yang akan diperkenalkan ialah tahi sedih, kangaroo, llama, bola besbol, pemadam api, tabung uji dan papan lungsur. Sekiranya diluluskan, emoji-emoji ini akan disenaraikan di dalam Unicode 11 dan akan diperkenalkan pada peranti bermula pertengahan 2018. Untuk melihat senarai lengkap kesemua 67 emoji yang dicalonkan, anda boleh memuat turun fail PDF yang dihasilkan oleh Unicode menerusi pautan di bawah.
- Senarai lengkap 67 calon emoji baru untuk Unicode 11