Cari @ Amanz

Negara dengan jumlah pengeluar dron komersial terbesar ialah China. Dron keluaran DJI misalnya digunakan secara meluas oleh golongan profesional dan golongan amatur. Di Amerika Syarikat, anggota tentera kini dilarang dari menggunakan dron buatan DJI atas kebimbangan ia mungkin digunakan untuk tujuan intipan siber.

Memo dikeluarkan pada 2 Ogos lalu yang mengarahkan anggota untuk menghentikan semua kegunaan dron, menyahpasang semua aplikasi DJI, menanggalkan semua bateri serta media penyimpanan dan menyimpan peralatan sementara menanti arahan seterusnya. Larangan ini meliputi kesemua perkakasan dan perisian DJI kerana dipercayai mempunyai kerentanan saiber yang boleh menyebabkan berlakunya intipan siber.

DJI ialah nama besar di dalam dunia dron dengan pegangan pasaran mencecah 70% tahun lalu. Pihak DJI telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka terkejut dan kecewa dengan larangan ini. Mereka akan menghubungi pihak tentera  untuk menentukan apa yang dimaksudkan dengan kerentanan siber. Pihak DJI bersedia bekerjasama dengan Pentagon untuk menangani masalah ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd