Intel Mengumumkan CPU 4-Teras Core i3 Pertama – Mungkin Akan Hadir Dengan HyperThreading

Intel Mengumumkan CPU 4-Teras Core i3 Pertama – Mungkin Akan Hadir Dengan HyperThreading

Diterbitkan pada Ogos 7, 2017 oleh .

Kebangkitan syarikat AMD dalam mengeluarkan cip pemprosesan komputer terbaru mereka nampaknya sudah membuatkan pihak Intel berasa tidak selesa. Jika sebelum ini, Team Blue dikatakan berpuas hati dengan hanya mengeluarkan komponen yang hadir dengan peningkatan sedikit sahaja sebelum ini, mereka nampaknya sudah bertindak untuk mengekang penirisan pasaran kepada AMD.

CPU terbaru ini dinamakanĀ Intel Core i3-8300 dan ia berasaskan cipset Intel Coffee Lake-S, dan dikatakan bakal hadir dengan model 4-teras. Ini ternyata sekali berbeza dengan model-model CPU Core i3 sebelum ini kerana ini kali pertama siri tersebut menerima penambahan teras seperti ini.

Ura-ura juga menyatakan bahawa cip pemprosesan ini bakal hadir dengan Hyper-Threading, bermakna CPU Core i3-8300 mungkin mempunyai 4-teras dan 8 bebenang kuasa, suatu ciri yang masih belum hadir pada siri cip Intel Core i5 setakat ini. Dari segi kelajuan, CPU Core i3 ini dikatakan akan hadir pada kelajuan asas 4.0GHz, Nilai TDP dan sebagainya masih belum diketahui.

Menurut laporan, CPU ini dikatakan akan hadir di pasaran dunia pada hujung tahun ini, ataupun awal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN