Cakera Keras 2TB Daripada Seagate Untuk PlayStation 4 Kini Di Malaysia – Berharga RM449

Cakera Keras 2TB Daripada Seagate Untuk PlayStation 4 Kini Di Malaysia – Berharga RM449

Diterbitkan pada Ogos 7, 2017 oleh .

Pada Jun 2017 lepas, Seagate telah memperkenalkan sebuah cakera keras tambahan khusus untuk para pengguna konsol PlayStation 4, dinamakan Game Drive. Kini, selepas beberapa bulan, cakera keras berkenaan kini turut telah ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Secara kasar, ini hanyalah variasi cakera keras luaran, tetapi membawakan sedikit elemen rekaan dalam menyelarikan ia bersama konsol PlayStation 4 anda. Anda masih boleh mendapatkan beberapa cakera keras luaran alternatif pada harga rendah, teatpi Seagate Game Drive ini hadir dengan fokus terhadap para pengguna PlayStation 4.

Seagate Game Drive PS4

Pengguna yang menggunakan PlayStaion 4 boleh menggunakan cakera keras luaran sejak penawaran kemaskini perisian baru pada awal tahun ini. Melaluinya, anda boleh menghubungkan sebarang cakera keras luaran mahupun pemacu USB, dan menggunakan ia untuk storan tambahan. Secara kasar, Seagate mengatakan melalui storan 2TB ini, ia mampu menyimpan sekitar 50 permaina didalamnya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Seagate Game Drive untuk PlayStation 4 ini pada harga RM449.


TIPS & ULASAN