Cari @ Amanz

Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan variasi Galaxy S8 tahan lasak, atau apa yang dinamakan oleh mereka sebagai Samsung Galaxy S8 Active. Buat masa ini, ia hanya diumumkan dan ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan kebarangkalian untuk telefon pintar ini memasuki pasaran Malaysia secara rasminya adalah sangat rendah.

Samsung Galaxy S8 Active

Galaxy S8 Active hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 835, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, dan kamera belakang 12-megapixel. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Seperti kebanyakkan telefon pintar tahan lasak yang lain, ia turut menggunakan rekaan rugged dan sedikit tebal jikalau dibandingkan dengan Galaxy S8 biasa.

Samsung mengatakan ia turut hadir dengan sokongan kalis air, dan menawarkan rekaan yang sangat bagus bagi anda yang bekerja di bahagian perindustrian dan sebagainya.

Pihak Samsung masih tidak berkongsi perancangan untuk menawarkan telefon pintar ini pada peringkat global buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd