Cari @ Amanz

Netflix, perkhidmatan penstriman video yang sedia dikenali ramai, hari ini mengumumkan yang mana mereka telah mengambil-alih sebuah syarikat penerbit komik yang dimulakan oleh Mark Millar, iaitu Millarworld.

Millarworld sebelum ini telah hadir dengan sejumlah jalan cerita dan watak-watak yang sedia diubah menjadi filem, termasuk Kick-Ass, Kingsman, Old Man Logan, dan sebagainya.

Dengan pengambil-alihan ini, Netflix dan Millar akan membawa portfolio dibawah Millarworld ke arena filem dan siri-TV – dipertontonkan secara eksklusif di Netflix.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd