iFlix Menerima Suntikan Dana Tambahan Sebanyak ~RM569 Juta

iFlix Menerima Suntikan Dana Tambahan Sebanyak ~RM569 Juta

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

iFlix, salah satu perkhidmatan penstriman video yang dibangunkan di Malaysia, hari ini mengumumkan yang mana mereka telah menerima suntikan dana baru daripada sejumlah pelabur, berjumlah $133 juta (~RM569 juta).

Perkhidmatan yang telah dilancarkan pada pertengahan Mei 2015 yang lepas ini, kini beroperasi di sekitar 19 buah negara. iFlix sendiri menyasarkan negara-negara membangun, dan menawarkan sejumlah kandungan tempatan. Mereka juga baru-baru ini telah mula menghasilkan kandungan asli mereka tersendiri.

iFlix mengatakan mereka kini mempunyai lima juta pelanggan.

Dana baru ini akan terus memfokuskan kepada penambahan kandungan, selain terus memperluaskan teknologi dan pembangunan mereka untuk memenuhi permintaan pasaran.


TIPS & ULASAN