Apple Kini Mempunyai Akaun Rasmi Di Instagram

Apple Kini Mempunyai Akaun Rasmi Di Instagram

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

Membuka akaun media sosial kini adalah keperluan bagi semua jenama bagi memudahkan mereka mempromosikan barang yang dijual. Kegagalan membuka akaun media sosial boleh menyebabkan mereka sukar berinteraksi dengan bakal pelanggan. Apple sedikit unik kerana baru sahaja membuka akaun rasmi mereka di Instagram semalam.

Akaun rasmi @Apple ini digunakan bagi menunjukkan kemampuan mengambil gambar kamera iPhone. Akaun ini juga menggalakkan pengguna Instagram untuk berkongsi hashtag #ShotOniPhone. Gambar yang dirasakan menarik akan kemudian dikongsikan semula menerusi akaun ini.

Dengan jumlah pengguna aktif mencecah 700 Juta sebulan, Instagram ialah antara platform media sosial dengan capaian terbesar. Ia juga laman media sosial untuk fotografi yang paling popular. Pautan ke akaun rasmi Instagram Apple adalah seperti di bawah.

Sila ikuti akaun Instagram rasmi @Apple

 


TIPS & ULASAN