OnePlus 5 Kini Ditawarkan Dalam Warna Emas Lembut

OnePlus 5 Kini Ditawarkan Dalam Warna Emas Lembut

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

Ketika dilancarkan pada Jun lalu, OnePlus 5 ditawarkan dalam waran Midnight Black dan Slate Gray. Hari ini mereka melancarkan satu lagi pilihan warna iaitu Soft Gold. Warna ini adalah edisi terhad dengan panel hadapan berwarna putih bukannya hitam seperti dua pilihan warna sebelum ini.

Menurut OnePlus, dengan Soft Gold tubuh peranti digilap dengan lebih terperinci bagi membuatkannya lebih licin. Dari segi spesifikasi OnePlus 5 Soft Gold menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, dilengkapi cip Snapdragon 835, hadir dalam memori 6GB RAM, storan dalam pilihan 64GB berasaskan UFS 2.1, dan dilengkapi kebolehan pengecasan pantas untuk bateri 3300mAh.

Selain spesifikasi tinggi, pihak OnePlus turut memfokuskan kepada sokongan kamera di OnePlus 5. Ia hadir dengan dwi-kamera 20-megapixel Telephoto + 16-megapixel. OnePlus mengatakan ia menawarkan kebolehan rakaman autofokus pantas, selain kebolehan mengurangkan noise secara pintar. Ciri lain yang hadir termasuklah Potrait Mode, kebolehan merakamkan gambar pada keadaan malap melalui aperture f/1.7, kebolehan zoom gambar secara optikal, dan kawalan Pro Mode. T

Tiada maklumat setakat ini sama ada OnePlus 5 Soft Gold akan ditawarkan di Malaysia.


TIPS & ULASAN