Gambar Sebenar Pixel 2 Tertiris Menunjukkan Sistem Pembesar Suara Stereo

Gambar Sebenar Pixel 2 Tertiris Menunjukkan Sistem Pembesar Suara Stereo

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

Beberapa imej Pixel 2 yang tertiris sebelum ini adalah imej pengolokan yang dihasilkan menggunakan perisian 3D. Hari ini gambar sebenar Pixel 2 tertiris dan menunjukkan beberapa perubahan besar berbanding model tahun lalu. Pertama sekali pada bahagian hadapan jelas kelihatan dua pembesar suara. Ini mengesahkan sokongan sistem audio stereo pada model tahun ini.

Bergerak ke belakang, panel kaca pada bahagian atas kini lebih kecil. Ia tidak lagi melitupi kawasan yang dilengkapi pengimbas cap jari berbentuk bulat. Google nampaknya masih belum bersedia untuk menggunakan sistem dwi-kamera pada Pixel 2 tetapi lensa kamera adalah lebih besar.

Rekaan semua-skrin yang popular tahun ini juga tidak digunakan pada Pixel 2. Google mengambil jalan selamat tidak seperti Samsung, LG dan Apple tahun ini. Apakah pendapat anda tentang rekaan “konservatif” Google Pixel 2 ini?


TIPS & ULASAN