Huawei Nova 2 Tidak Akan Memasuki Pasaran Malaysia – Fokus Hanya Pada Nova 2 Plus

Huawei Nova 2 Tidak Akan Memasuki Pasaran Malaysia – Fokus Hanya Pada Nova 2 Plus

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

Huawei ketika pelancaran keluarga Nova 2 tempoh hari, mereka telah mengumumkan dua peranti, iaitu Nova 2 dan juga Nova 2 Plus. Walaubagaimanapun, buat masa ini, hanya peranti Nova 2 Plus sahaja diumumkan penawaran untuk pasaran tempatan.

Bercakap mengenainya, wakil Huawei mengatakan Huawei Nova 2 tiada dalam perancangan untuk ditawarkan di Malaysia buat masa ini, dan mereka hanya memfokuskan kepada penawarna Nova 2 Plus sahaja.

Nova 2 Plus hadir dengan kamera hadapan 20-megapixel, skrin bersaiz 5.5-inci, cip Kirin 659, dan memori sehingga 4GB RAM. Di Malaysia, Huawei Nova 2 Plus ditawarkan pada harga RM1999.


TIPS & ULASAN