Undian Doodle 4 Google Sempena Hari Malaysia 2017 Kini Dibuka Kepada Umum

Undian Doodle 4 Google Sempena Hari Malaysia 2017 Kini Dibuka Kepada Umum

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

Setiap tahun sejak 2014, lakaran khas sempena Hari Malaysia dipaparkan pada laman utama Google.com.my. Tahun ini ia kembali lagi dan Google telah melakukan pertandingan Doodle 4 Google, bagi mencari rekaan terbaik yang bakal digunakan. Sebanyak 20 rekaan telah terpilih sebagai finalis dan undian kini dibuka bagi mencari pemenang.

Kesemua rekaan yang dipilih dihasilkan oleh pelajar sekolah berusia di antara 7-17 tahun dan dibahagikan kepada empat kategori berbeza. Undian hanya akan dibuka sehingga 17 Ogos. Rekaan yang mendapat undian terpilih akan dipaparkan pada laman Google Malaysia pada 16 September. Selamat mengundi.

Layari laman undian Doodle 4 Google sempena Hari Malaysia 2017


TIPS & ULASAN