Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini telah mengadakan sesi ringkas bersama Bruce Lee (VP Handset Business), dimana padanya pihak Huawei telah berkongsi sejumlah perkara mengenai telefon pintar akan datang daripada mereka, iaitu Huawei Mate 10.

Melalui perkongsian pihak Huawei, mereka mengesahkan yang mana Huawei akan menggunakan Kirin 970 pada telefon pintar Mate 10 kelak. Ia, seperti biasa akan memfokuskan kepada penawaran bateri yang bertahan lama, disamping prestasi yang lebih berkuasa berbanding sebelumnya. Tiada komen yang dikeluarkan mereka berkenaan sama ada cip ini akan menggunakan rekaan 10nm atau sebaliknya.

Pada masa yang sama, Bruce Lee turut berkongsi mengatakan telefon pintar ini akan dilengkapi sokongan kecerdasan buatan (AI) yang lebih baik berbanding sebelumnya – termasuk diintegrasikan bersama sejumlah penyedia perkhidmatan lain dalam memudahkan proses penggunaan peranti. Huawei turut mengatakan yang mana segala proses disebalik kecerdasan buatan akan berlaku pada peringkat telefon dan bukannya berasaskan awan – lebih kurang seperti apa yang dilaksanakan Apple, sekaligus menjaga privasi pengguna.

Huawei Mate 10 dijangka dilancarkan pada pertengahan Oktober ini, dan ia akan turut menyertakan sokongan fotografi yang lebih baik, termasuk ciri-ciri seperti pengecasan pantas Huawei Super Charge, dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd