Cari @ Amanz

Mozilla kini telah mengumumkan yang mana mereka akan menambah sokongan realiti-maya pada pelayar web Firefox terkini, iaitu Firefox 55.

Mozilla menambah sokongan realiti-maya dibawah piawaian WebVR. Ini akan memudahkan penerbit kandungan mengintegrasikan kandungan realiti-maya dengan mudah pada web, dan pengguna pelayar web Firefox boleh menikmati kandungan realiti-maya sama ada menggunakan set realiti-maya, atau mengawalnya menggunakan tetikus dan sebagainya.

Sokongan realiti-maya ini akan ditawarkan melalui versi terbaru Firefox yang hadir minggu ini, Firefox 55. Selain Mozilla, buat masa ini, pihak Google dan Microsoft turut menawarkan integrasi realiti-maya pada pelayar web mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd