Cari @ Amanz

Rekaan hampir semua-skrin memang kelihatan cantik dan futuristik. Tetapi sesiapa yang pernah menggunakan peranti dengan dwi-lengkung seperti Galaxy S7 misalnya, mereka akan memberitahu anda kerisauan skrin retak seribu sekiranya terjatuh. Oleh itu pengguna kerangka tahan lasak adalah amat disyorkan bagi pemilik yang berjari mentega.

Laporan dari ET News hari ini mengatakan kerangka plastik lutsinar akan disertakan dengan setiap pembelian Samsung Galaxy Note 8 kelak. Mereka memetik sumber dalaman yang menyebut Samsung memesan hampir 10 Juta kerangka lutsinar untuk Note 8. Pembeli di Korea Selatan adalah yang pertama akan menerima kerangka ini. Pembeli di Amerika Syarikat, Russia dan Eropah walaubagaimanapun tidak akan ditawarkan kerangka percuma.

Sebelum ini pembeli Galaxy Note 7 Fan Edition diberikan kerangka plastik percuma di Korea Selatan. Ini tindakan bijak kerana memberikan pengguna kerangka sementara kerangka lebih tahan lasak dibeli. Dari pengalaman peribadi, pada minggu-minggu awal pelancaran amat sukar mencari kerangka tahan lasak di pasaran Malaysia kerana kehabisan stok.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd