Cari @ Amanz

Rekabentuk komponen komputer seperti cakera keras dan SSD tidak banyak berubah semenjak ianya diperkenalkan bertahun-tahun lalu. Perubahan terbaru yang dilihat hanya pada storan-storan yang menggunakan sambungan M.2 dan U.2.

Terkini, Intel baru sahaja memperkenalkan sebuah storan baru yang menggabungkan teknologi 3D NAND mereka bersama-sama dengan storan Intel Optane untuk menghasilkan sebuah rekabentuk baru yang kelihatan seolah-olah seperti sebuah pembaris.

Menariknya, sebuah unit “pembaris” SSD ini dikatakan dapat menampung storan SSD sebanyak 10 petabyte di dalam sebuah rak server 1U (rack unit). Menurut Intel, ini bersamaan dengan 300,000 video filem, ataupun hiburan yang mencukupi untuk 70 tahun akan datang.

Buat masa ini, Intel masih belum menyatakan bila ataupun harga untuk storan server tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd