Mi Sports Bluetooth Headset Mini Dilancarkan
Artikel Berkaitan

Mi Sports Bluetooth Headset Mini Dilancarkan

Diterbitkan pada Ogos 9, 2017 oleh .

Selain menghasilkan telefon pintar pada harga amat mampu milik, Xiaomi turut menghasilkan aksesori audio pada harga yang sama. Semalam mereka melancarkan fon telinga Mi Sports Bluetooth Headset Mini. Fon telinga ini direka untuk kegunaan mereka yang aktif bersukan.

Ia hanya seberat 14,5 gram dan adalah sedikit lebih ringan berbanding model sebelum ini. Dengan ketahanan IP4X, penggemar sukan tidak perlu risau ia mengalami kerosakan kerana direnjis peluh. Fon kepala ini menyokong tambatan secara Bluetooth 4.2 dan hadir dengan bekas simpanan kalis air. Ia dijual bermula 10 Ogos pada harga RMB 169 (~RM 108) sepasang.


TIPS & ULASAN