Telekom Malaysia Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Telekom Malaysia Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Diterbitkan pada Ogos 9, 2017 oleh .

Telekom Malaysia hari ini telah mengumumkan kerjasama bersama penyedia perkhidmatan penstriman video terkemuka, Netflix. Menurut Telekom Malaysia, mereka akan menawarkan akses mudah ke Netflix bagi para pelanggan Telekom Malaysia bermula bulan Oktober 2017 ini.

Bertanya lanjut mengenainya, pihak Telekom Malaysia tidak mengeluarkan sebarang komen – dan mengatakan akan berkongsi lanjut mengenai kerjasama ini dalam waktu terdekat.

Berbeza dengan penawaran perkhidmatan mudah-alih lain, untuk Telekom Malaysia dan webe, mereka sedia menawarkan akses data tanpa had, sekaligus penggunaan data ketika melayari Netflix bukan sesuatu yang dinantikan pelanggan. Mungkin kita akan dapat melihat kemudahan pembayaran bil dan sebagainya melalui kerjasama ini kelak.

Telekom Malaysia sebelum ini pernah mengatakan ingin menawarkan perkhidmatan Aggregator untuk Aggregator. Info penuh mengenainya tidak dikongsikan lagi. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Oktober ini untuk melihat apakah yang akan ditawarkan oleh Telekom Malaysia dan Netflix.


TIPS & ULASAN