Valve Akan Menawarkan Permainan Kad Berasaskan Dota Pada 2018

Valve Akan Menawarkan Permainan Kad Berasaskan Dota Pada 2018

Diterbitkan pada Ogos 9, 2017 oleh .

Acara tahunan The International 2017 sedang berlangsung kini yang memperlihatkan sejumlah pasukan ternama bersaing dalam permainan Dota 2. Bersempena dengannya, Valve mengambil peluang ringkas untuk mengumumkan permainan akan datang mereka, Artifact.

Artifact

Permainan ini akan menawarkan bentuk permainan berasaskan kad, dan menggunakan pelbagai elemen daripada siri permainan Dota. Memandangkan permainan Dota sendiri sangat popular di seluruh dunia, maka tidak mustahil untuk kita turut melihat ia menjadi popular dalam tempoh singkat.

Buat masa ini, info penuh mengenai permainan ini masih kekal misteri. Pihak Valve dijangka menawarkan permaina Artifact ini kepada para pemain pada 2018 kelak.


TIPS & ULASAN