Cari @ Amanz

Opera sering hadir dengan sejumlah ciri-ciri inovatif pada pelayar web merka. Terkini, Opera telah mula menawarkan versi terkini pelayar web berkenaan, Opera 47 yang mana menawarkan beberapa ciri-ciri baru bersama dengannya.

Salah satu ciri menarik pada pelayar web Opera 47 ini adalah keupayaan untuk mengeksport penanda web (bookmark) daripada pelayar web Opera sedia ada ke pelayar web baru.

Opera Bookmark

Disamping itu, kini pelayar web Opera juga turut menawarkan kemudahan untuk memuatkan berita pada latar, selain memudahkan anda melihat kepada lebih 32 tab terakhir yang ditutup anda (berbanding hanya 10 tab sebelum ini).

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, boleh memulakan proses naik-taraf anda hari ini, atau memilih untuk memuat-turun dan mencubanya pada Windows, macOS dan Linux hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd