Cari @ Amanz

Lenovo hari ini telah melancarkan sebuah telefon pintar baru dinamakan sebagai Lenovo K8 Note. Pelancaran dilakukan untuk pasaran India sahaja buat masa ini, dan kebarangkalian ia untuk memasuki pasaran tempatan adalah sedikit rendah kerana Lenovo Mobile Malaysia dilihat lebih memfokuskan kepada pemasaran peranti berjenama Moto.

Lenovo K8 Note

Lenovo K8 Note hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dan menggunakan paparan resolusi HD penuh. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio X23, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB.

Melengkapkan bahagian belakang peranti ini adalah gabungan kamera 13-megapixel dan 5-megapixel, serta kamera selfie hadapan 13-megapixel. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Lenovo juga telah menamatkan penggunaan antaramuka Vibe UI, sebaliknya kini K8 Note hadir dengan antaramuka natif Android. Selain itu, dengan penggunaan siri keluarga K, Lenovo turut memfokuskan integrasi audio melalui sokongan Dolby Atmos dan TheaterMax melaluinya.

Di India, ia akan dijual bermula 18 Ogos kelak, pada harga bermula INR 12,999 iaitu sekitar RM872.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd