Google Maps Akan Menambah Ciri Paparan Statistik Pemanduan Anda

Google Maps Akan Menambah Ciri Paparan Statistik Pemanduan Anda

Diterbitkan pada Ogos 9, 2017 oleh .

Google Maps merupakan salah satu aplikasi navigasi yang digunakan secara aktif oleh ramai pengguna seluruh dunia ketika memandu, mengambil pengangkutan awam, ataupun ketika berjalan. Terkini, Google dilihat bakal memperkenalkan sebuah ciri baru pada Google Maps, iaitu keupayaan memaparkan statistik pemanduan anda.

Melaluinya, anda boleh melihat perjalanan anda, purata kelajuan ketika memandu, masa yang dihabiskan dalam kesesakkan, dan masa yang dijimatkan.

Buat masa ini, anda sedia dapat melihat perjalanan anda yang dilog secara automatik terus pada Google Maps. Dengan penambahan ciri-ciri lain ini, ia semestinya digemari ramai dalam memantau kaedah pemanduan dan sebagainya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkan ciri ini untuk semua pengguna Google Maps. Mungkin kita akan melihatnya dalam masa sebulan dua lagi.


TIPS & ULASAN