Fungsi 3D Touch yang memberikan tindak balas haptik muncul pertama kali pada peranti iPhone 6S dan 6S Plus. Ia kemudian muncul pada peranti keluaran Meizu. Laporan dari Korea Selatan mengatakan ia kini akan muncul pada phablet Samsung Galaxy Note 8.
Sebelum ini fungsi timbal balas haptik ini hanya digunakan pada butang menu Galaxy S8. Pada Note 8, skrin akan bergetar apabila ditekan dengan kuat bagi membuka menu tambahan. Sistem menu tambahan ini sudah digunakan pada peranti Samsung dengan pengenalan Grace UX dan juga pada Android 7.1.1.