Anda Boleh Melihat Pancuran Meteor Perseids Pada 12 Ogos Ini

Anda Boleh Melihat Pancuran Meteor Perseids Pada 12 Ogos Ini

Diterbitkan pada Ogos 10, 2017 oleh .

Agensi Angkasa Negara hari ini telah mengumumkan yang mana rakyat Malaysia boleh melihat pancuran meteor Perseids pada 12 Ogos 2017 sekitar jam 12.30 pagi menggunakan mata kasar. Sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dijangka muncul dan dapat dilihat – tetapi ia turut bergantung kepada cahaya bulan yang terang yang mungkin menyebabkan ia kurang kelihatan.

Pancuran meteor Perseids ini berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos. Ia dapat dilihat di bumi kerana pada tempoh berkenaan, Bumi melalui serpihan yang ditinggalkan komet Swift-Tuttle.

Bagi anda yang berminat untuk melihatnya, Angkasa menasihatkan anda mencari kawasan yang lapang dan bebas pencemaran cahaya, dan memastikan titik Buruj Perseus.


TIPS & ULASAN