Cari @ Amanz

Pada bulan Mei yang lalu Samsung menawarkan penstriman acara UFC 202 secara 360 darjah menerusi Gear VR. Pada 17 Ogos hadapan, pemilik peranti realiti maya ini diberikan peluang menonton konsert Coldplay secara 360 darjah pula.

Konsert Coldplay ini adalah sebahagian daripada jelajah A Head Full of Dreams. Samsung bekerjasama dengan Live Nation bagi membolehkan peminat yang tidak dapat hadir ke konsert untuk menonton secara realiti maya. Mereka hanya memerlukan Gear VR dan peranti pintar yang menyokongnya bagi menonton secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd