Ini Ialah Patagotitan Mayorum – Dinosaur Terbesar Yang Ditemui Setakat Ini

Ini Ialah Patagotitan Mayorum – Dinosaur Terbesar Yang Ditemui Setakat Ini

Diterbitkan pada Ogos 10, 2017 oleh .

Bolehkah anda menamakan spesis dinosaur terbesar yang pernah ditemui setakat ini? Sekiranya jawapan anda Diplodocus, tahniah anda salah. Diploducus pernah memegang takhta ini tetapi kini ia berpindah tangan ke Patagotitan mayorum. Fosil raksasa sauropoda ini ditemui pada tahun 2012 dan nama saintifiknya baru diumumkan semalam.

Saintis menganggarkan ia mampu membesar sehingga 37 meter dengan bahagian bahu setinggi 6 meter. Haiwan herbivor purba ini hidup sekitar 100 Juta tahun lalu di Argentina. Nama Patagotitan bermaksud gergasi Patagonia, sempena nama tempat ia ditemui di Argentina. Nama mayorum pula mengambil nama petani yang menemui fosilnya.

Sebanyak 150 fosil Patagotitan mayorum sudah ditemui setakat ini. Ahli paleontologi merasakan fosil lebih besar bakal ditemui kerana fosil yang ditemui setakat ini kesemuanya adalah dinosaur yang masih muda.


TIPS & ULASAN