Netflix Menambah Siri-TV Dan Filem Daripada Primeworks Studios

Diterbitkan pada Ogos 10, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti dinyatakan sebelum ini, bulan Ogos ini akan menyaksikan penambahan kandungan berbahasa Malaysia pada perkhidmatan penstriman popular, Netflix. Hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan hal ini, dan mengatakan buat fasa permulaan, sejumlah kandungan daripada Primeworks Studios akan ditambah ke Netflix.

Untuk makluman, Primeworks Studios adalah merupakan anak syarikat Media Prima yang turut mempunyai perkhidmatan penstriman mereka tersendiri, iaitu Tonton.

Netflix akan mula menambah kandungan daripada Primeworks Studios ini mulai minggu hadapan. Antara yang dirancang adalah termasuk:

  • Sejoli : Misi Mencantas Cinta
  • Persona (14 Ogos)
  • KL Zombi (21 Ogos)
  • Rembat (21 Ogos)
  • Hati Perempuan (21 Ogos)

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak penawaran kandungan daripada studio-studio tempatan akan ditambah di Netflix selepas ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami