Cari @ Amanz

WhatsApp Messenger, salah satu aplikasi permesejan popular yang kini dimiliki oleh Facebook – telah pun mengumumkan beberapa bulan lepas yang mana mereka akan mengintegrasikan ciri bayaran pada aplikasi mereka. Kini, kod-kod pembangunan awal untuk apa yang dipanggil sebagai WhatsApp Payments telah mula dilihat pada aplikasi beta Android untuknya.

Dijumpai oleh WABetaInfo, ia memperlihatkan WhatsApp Payments akan menyokong kemudahan pemindahan wang secara UPI.

WhatsApp Payments

Selain ciri pembayaran ini, WhatsApp juga sedang membangunkan ciri WhatsApp Business – yang membolehkan jenama, organisasi dan perniagaan mempunyai akaun WhatsApp untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah WhatsApp akan memperkenalkan WhatsApp Payments ini. Ia dijangka diuji di India terlebih dahulu – dan mungkin mengambil masa sebelum diperkenalkan pada peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd