Cari @ Amanz

Mesin pencetak foto mudah-alih bukanlah sesuatu yang baru di kalangan pengguna-pengguna teknologi tegar di Malaysia, tetapi pilihan yang ada di pasaran tidaklah begitu banyak. HP Malaysia kini baru sahaja mengumumkan kehadiran pencetak foto mudah-alih HP Sprocket.

Pencetak HP Sprocket ini mampu mencetak foto bersaiz 2″ x 3″ melalui peranti-peranti pintar pintar dengan aplikasi HP Sprocket Android dan iOS. Melalui aplikasi ini, pengguna-pengguna juga boleh menambah emoji, sticker, penuras dan sebagainya. Aplikasi dan pencetak ini menyokong format fail imej JPEG, GIF dan PNG tanpa sebarang masalah.

Cetakan HP Sprocket ini juga cukup menarik sekali, kerana ia menggunakan kertas HP ZINK yang mempunyai beberapa kegunaan yang berbeza. Ia bukan sahaja berkesan sebagai gambar foto yang kalis comot, air dan koyak, tetapi juga boleh digunakan sebagai pelekat yang boleh ditampal di pelbagai permukaan, seperti telefon dan juga laptop.

Pencetak HP Sprocket ini sudahpun tiba di pasaran Malaysia pada harga RM599 dan hadir dalam rekaan warna putih, hitam dan merah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd