Google hari ini menyambut ulang-tahun ke-44 untuk Hip Hop dengan sebuah doodle khusus untuknya. Seperti beberapa doodle terbaru Google, doodle kali ini juga berbentuk interaktif, dan membolehkan pengguna menjadi DJ tersendiri melaluinya.
Anda boleh menjadi DJ dengan menekan pada doodle berkenaan, dan seterusnya memilih sejumlah koleksi lagu Hip Hop, dan bermain dengannya dengan membuat sedikit perubahan dan mengawal pada komputer atau peranti mudah-alih.
Google sendiri mengatakan doodle ini antara yang mencabar dari teknikal kerana mereka mengintegrasikan pelbagai suara berbeza padanya, selain daripada ciri-ciri interaktif melaluinya.
Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh ke laman utama Google hari ini.