Cari @ Amanz

Pada bulan Jun 2015, permainan Fallout 4 edisi khas dengan Pip-Boy ditawarkan kepada peminat. Ia dengan segera habis dijual kerana sambutan yang amat luar biasa. Pada 26 September hadapan Fallout 4 Game of The Year Edition akan dijual dan edisi terhad dengan Pip-Boy akan turut ditawarkan

Fallout 4 Game of The Year Edition akan hadir dengan kesemua DLC Nuka-World, Vault-Tec Workshop, Contraptions Workshop, Far Harbor, Wasteland Workshop dan Automatron. Ia ditawarkan pada platform PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Ketika dilancarkan dua tahun yang lalu, Pip-Boy ini hanya menyokong peranti iPhone 6, 5S, 5, 4, 4S, Samsung Galaxy S5 dan S4. Tidak diketahui sama ada pihak Bathesda telah melakukan penambahbaikan kepada Pip-Boy untuk menyokong peranti lebih moden.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd