Android O Ialah Kemaskini Terakhir Yang Bakal Diterima OnePlus 3 Dan 3T

Android O Ialah Kemaskini Terakhir Yang Bakal Diterima OnePlus 3 Dan 3T

Diterbitkan pada Ogos 12, 2017 oleh .

Kemaskini ke Android O amat dinantikan pengguna kerana bakal membawakan fungsi baru serta sistem yang lebih lancar. Bagi pemilik OnePlus 3 dan OnePlus 3T kemaskini ini mungkin akan membawakan sedikit kesedihan. Pihak OnePlus telah mengesahkan Android O ialah kemaskini versi perisian terakhir yang akan diterima kedua-dua peranti ini.

Ini disahkan sendiri oleh mereka di dalam forum rasmi OnePlus. Peranti hanya akan diberikan kemaskini keselamatan selepas Android O. Reaksi dari pemilik rata-rata adalah negatif kerana OnePlus 3 hanya berusia setahun manakala 3T baru dilancarkan pada bulan November. Kedua-dua peranti disahkan akan menerima kemaskini Android O pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN