Android O Dijangka Dilancarkan Dalam Masa Dua Minggu Lagi

Android O Dijangka Dilancarkan Dalam Masa Dua Minggu Lagi

Diterbitkan pada Ogos 12, 2017 oleh .

Bagi para pengguna dan peminat sistem operasi Android, semestinya anda nantikan bilakah sistem operasi versi seterusnya akan dilancarkan. Google sendiri sebelum ini telah menawarkan versi pembangunan untuk Android O sejak beberapa bulan lepas, dan kini mengikut desas-desus, Google dijangka melancarkannya dalam tempoh sekitar 2 minggu lagi.

Daripada perkongsian @evleaks, Google mungkin melancarkan Android O pada minggu 21 Ogos kelak. Nama akhir untuk Android O turut dijangka diumumkan ketika itu.

Android O menawarkan kemaskini pada antaramuka, sekuriti, ciri baru seperti Picture-in-Picture, kemudahan memilih teks, dot notifikasi pada ikon aplikasi, kemaskini pada aplikasi kamera, dan pelbagai ciri-ciri lain.

Walaupun dilancarkan pada minggu berkenaan, ia mungkin mengambil masa yang lama sebelum diperkenalkan kepada para pengguna – dan ia bergantung kepada pengeluar peranti berkenaan sendiri sama ada ingin menawarkannya ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN