Facebook Cuba Memasuki Pasaran China Dengan Sebuah Aplikasi Perkongsian Gambar

Facebook Cuba Memasuki Pasaran China Dengan Sebuah Aplikasi Perkongsian Gambar

Diterbitkan pada Ogos 12, 2017 oleh .

Ramai syarikat teknologi yang ingin memasuki pasaran China memandangkan mereka mempunyai lebih 1 bilion pengguna. Tidak ketinggalan adalah Facebook.

Terkini, Facebook dilihat berjaya memasuki pasaran China dengan melancarkan sebuah aplikasi khusus dibawah nama berbeza.

Aplikasi yang ditawarkan oleh Facebook di China dinamakan sebagai Colorful Ballongs, dimana ia berfungsi lebih kurang sama seperti aplikasi Facebook Moments. Facebook menawarkan aplikasi berkenaan di China melalui sebuah syarikat tempatan.

Facebook mungkin menguji penerimaan dan bagaimana reaksi pengguna di China melaui aplikasi perkongsian gambar ini. Pada masa yang sama, wakil Facebook dipetik mengatakan ingin membantu syarikat dari China memasarkan kepada pengguna global melalui platform pengiklanan mereka.


TIPS & ULASAN