HTC U11 Akan Menyokong Bluetooth 5 Melalui Kemaskini Android O
HTC

HTC U11 Akan Menyokong Bluetooth 5 Melalui Kemaskini Android O

Diterbitkan pada Ogos 13, 2017 oleh .

HTC U11 sedia menerima pujian ramai pengguna sejak ia dilancarkan beberapa bulan lepas, dan kini pihak HTC terus membawakan sedikit demi sedikit ciri baru ke peranti berkenaan. Selepas mengatakan akan menerima kemaskini untuk rakaman video 60fps tidak lama lagi, kini HTC turut berkongsi mengatakan HTC U11 akan menerima sokongan Bluetooth 5.0 melalui kemaskini Android O kelak.

HTC U11

HTC mengatakan peranti berkenaan sedia hadir dengan ciri berkenaan, tetapi ia baru sahaja menerima pensijilan untuknya – dan akan diaktifkan melalui Android O kelak.

Dengan adanya Bluetooth 5 kelak, ia akan menawarkan kemudahan untuk berhubung ke lebih banyak peranti, dan memindahkan data dengan lebih pantas berbanding pada hari ini.

Buat masa ini, masih tidak diumumkan lagi bilakah HTC U11 akan menerima kemaskini Android O ini.


TIPS & ULASAN