Honor VR Camera – Kamera 360-darjah Untuk Telefon Android Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Honor VR Camera – Kamera 360-darjah Untuk Telefon Android Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 14, 2017 oleh .

Honor merupakan salah satu jenama telefon pintar dibawah Huawei. Selain daripada telefon pintar, Honor juga turut menawarkan tablet, dan beberapa aksesori lain. Salah satu yang telah dilancarkan Honor beberapa bulan lepas di China adalah Honor VR Camera, dan kini kamera berkenaan turut boleh didapati di Malaysia.

Honor VR Camera adalah kamera rakaman 360-darjah, lebih kurang seperti Gear 360. Ia berfungsi bersama sebarang telefon Android di pasaran – dan perlu menghubungkan ia kepada peranti menggunakan sambungan USB-C.

Honor VR Camera

Selain membuat rakaman untuk dikongsikan melalui laman sosial kegemaran anda, Honor VR Camera juga turut membolehkan anda membuat penstriman langsung ke laman video Youku.

Di Malaysia, Honor VR Camera ini ditawarkan pada harga RM599. Sekiranya anda mencari kamera 360-darjah, ini mungkin salah satu pilihan kepada anda, berbanding beberapa kamera 360-darjah lain di pasaran.


TIPS & ULASAN