Ticwatch – Jam Tangan Pintar Android Wear Mampu Milik Dilancarkan

Ticwatch – Jam Tangan Pintar Android Wear Mampu Milik Dilancarkan

Diterbitkan pada Ogos 14, 2017 oleh .

Penggunaan jam tangan pintar masih lagi di tahap rendah. Ramai pengguna masih belum menemui sebab itu membelanjakan wang ringgit yang tinggi bagi memilikinya. Rata-rata harga jualannya di Malaysia melangkaui RM1000 dan ini adalah lebih mahal dari sesetengah peranti Android kelas pertengahan. Oleh itu Ticwach dihasilkan dengan harga jualan mesra poket,

 Dua versi Ticwatch dihasilkan iaitu Ticwatch S dan Ticwatch E. Kedua-duanya menggunakan Android Wear 2.0. Skrin OLED 400×400 pixel digunakan dan bateri dikatakan mampu bertahan sehingga dua hari. Perbezaan di antara kedua-dua model ialah modul GPS pada model S terletak pada tali jam manakala pada E ia terbina di dalam tubuh.

Kedua-duanya menyokong fungsi panggilan telefon, kawalan suara, pengimbas nadi dan kalis air IP67. Ticwatch sedang mengumpul dana di Kickstarter dan boleh ditempah pada harga bermula $119  (~RM 514) seutas.


TIPS & ULASAN