Razer Hadir Dengan Rekaan Warna Baru Untuk Aksesori Komputer Mereka

Razer Hadir Dengan Rekaan Warna Baru Untuk Aksesori Komputer Mereka

Diterbitkan pada Ogos 14, 2017 oleh .

Warna rasmi jenama Razer kebiasaannya hitam dengan corak berwarna hijau, tetapi kini syarikat tersebut nampaknya bakal menambahkan beberapa warna baru untuk beberapa peranti-peranti mereka, termasuklah Razer Blackwidow X Chroma, fon kepala Razer Kraken 7.1, tetikus Razer Lancehead TE dan juga pad tetikus Razer Invicta.

Warna-warna terbaru ini termasuklah warna Mercury White (Putih) dan juga Gunmetal Grey (Kelabu) disamping warna hitam yang biasa dilihat di pasaran. Menurut pihak Razer, warna-warna baru ini hanyalah ubahan kosmetik, dan akan hadir dengan tanda warna yang sama dengan peranti-peranti yang sudahpun berada di pasaran.

Walaupun begitu, ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana Razer pernah dilihat mengeluarkan peranti-peranti yang hadir dengan rekaan warna permainan-permainan komputer yang popular seperti Overwatch, Call of Duty dan Battlefield 4.

Razer juga menyatakan hasrat untuk hadir dengan warna-warna baru ini untuk peranti-peranti mereka yang lain, tetapi ini hanya akan berlaku di masa akan datang.


TIPS & ULASAN