Cari @ Amanz

Di Malaysia Xiaomi hanya menjual telefon pintar, phablet, power bank dan penimbang pintar. Tetapi di China mereka menjual pelbagai produk yang merangkumi kesemua keperluan harian pengguna. Terkini mereka telah melancarkan Xiaomi Mi Bunny Kid Backpack. Beg sandang ini direka khas untuk kegunaan kanak-kanak sekolah.

Mi Bunny Kid Backpak diperbuat daripada bahan PEVA dengan tali sandang berlapik bagi memastikan keselesaan pemakai. Terdapat pemantul cahaya pada permukaan beg untuk keselamatan kanak-kanak yang berjalan pada waktu malam. Pada bahagian penutup terdapat jadual terbina bagi memudahkan anak kecil memasukkan buku latihan yang diperlukan bagi hari tertentu. Akhir beg ini mempunyai kemampuan kalis air ini akan dijual bermula 16 Ogos hadapan pada harga RMB 249 (~RM 160).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd