Cari @ Amanz

Pihak AMD mengumumkan butiran dan tarikh kehadiran kad grafik terbaru mereka, AMD Radeon RX Vega beberapa minggu lalu, dan beberapa syarikat pembina komponen PC sudahpun mengumumkan kehadiran kad grafik RX Vega mereka sendiri.

Terkini, SAPPHIRE, jenama terkemuka pembina kad grafik AMD mengumumkan tiga kad grafik baru dibawah siri SAPPHIRE RX Vega 64, termasuklah:

  • SAPPHIRE Radeon RX Vega 64 8GB HBM2 Liquid Cooled
  • SAPPHIRE Radeon RX Vega 64 8GB HBM2
  • SAPPHIRE Radeon RX Vega 64 8GB HBM2 Limited Edition

Spesifikasi untuk kad-kad grafik ini juga sudah diumumkan oleh pihak SAPPHIRE, dan beberapa perbezaan dapat dilihat diantara kad yang menggunakan penyejuk udara dan juga penyejuk cecair.

SAPPHIRE Radeon RX Vega 64 8GB HBM2 dan kad edisi terhad hadir dengan kelajuan asas 1247MHz dan kelajuan Boost Clock 1546MHz, manakala SAPPHIRE Radeon RX Vega 64 8GB HBM2 Liquid Cooled hadir dengan kelajuan asas 1406MHz dan kelajuan Boost Clock 1677MHz.

Kedua-dua kad grafik ini hadir dengan memori HBM2.0 sebanyak 8GB dan juga sokongan untuk konfigurasi pelbagai GPU AMD CrossFireX sehingga 4 kad grafik.

Menurut pihak SAPPHIRE, ketiga-tiga kad grafik ini akan hadir di beberapa pasaran terpilih bermula 14 Ogos 2017. Tanda harga kad-kad ini masih belum diketahui.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd